Saturday, July 25, 2009

1-5 august 2009

Posted by lightning boy

Storm chasing around Kota Bharu(August Season)
29 July 2009 classic thunderstorm around Kota Bharu

Gambar Kilat jenis 'arcus crawlers' pada waktu malam 29.07.2009.awan yang terbentuk pada waktu 4.15petang telah melanda hampir diseluruh kota bharu dan berlanjutan sehingga 11.00 malam.


Gambar Kilat 'Crawlers yang diambil di kg.Bechah Tg.Mas kota bharu




Keadaan ribut yang melanda dikawasan ini tidak seteruk mana tetapi di ketereh dan berhampirannya mengalami ribut yang ganas malahan telah merosakkan 100 buah rumah disana.

Keadaan awan yang kelihat aktiviti 'updraft' yang berputar perlahan pada skala besar membentuk ribut yang ganas...
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------
Storm Chasing 01.08.2009 MM(KB) Classic Supercells

Pada 1.08.2009 Ribut pertama di bulan ogos. Ribut ini membawa angin yang sangat kencang yang dianggarkan mencapai 80km/j . Keadaan awan yang bewarna biru menunjukkan ribut ini bukanlah ribut yang sering melanda
kawasan ini.

=gambar yang diambil di Kg. Tanjong Mas Ribut yang kuat ini boleh dikategorikan sebagai 'HP supercells' kerana terdapat ciri-ciri yang sam dengannya.Diantara cirinya adalah ' TheTurbulence Beneath'

selepas beberapa minit selepas 'arcus base' terdapat satu tekanan rendah seperti didalam gambar.Ia menunjukan keadaan awan yang sedang Berputar sambil menyedut awan scud keatas,dan diiringi 'waterspout' yang lemah selepas itu...
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------
Storm chasers Kota bharu on August 2009
High Precipitation Thunderstorm at PK(KB)

pada awalnya ribut ini terbentuk hanya daripada sekelompok sel kumulus kongestus tunggal yang mengalami pemeluwapan yang amat cepat sehinggakan terbentuk satu sel baru yang membentuk 'classic supercell'

Selepas Satu jam dari pembentukan kumulus kongestus keadaan awan ini mulai menjadi garang dan mula mengeluarkan kilat jenis'CG'.Pada waktu ini Pemeluwapan pada awan ini semakin cepat dan mula berputar dalam skala besar.(updraft).


Lama kelamaan keadaan ribut ini bertukar menjadi supercell dan beberapa mesosiklon mula termentuk dalam keadaan berputar.

Kemudian satu pemeluwapan yang berputar ingin membentuk puting beliung muncul secara tiba-tiba kira kira 45km dari gambar diambil (bachok).

Keadaan outflow yang dibawa awan ini semakin kuat sehinggakan pembentukan spout dan 'downburst' terbentuk.

Keadaan menjadi semakin garang dengan outflow yang begitu kuat sehingga membentuk puting beliung di bahagian timur.


Keadaan yang amat aktif pada awan ini dengan kestabilan aliran udara panas bertembung membentuk 'Day Vault'.Selepas itu Sebuah lagi ribut melanda di kawasan Barat Laut yang sama kategorinya.selepas keadaan ribut yang kedua itu melanda saya hampir disambar petir apabila menara telekom dikota bharu Dan disekitar Tanjong Chat dipanah petir kira kira 200meter dari tempat saya duduk dan ianya amat jelas kelihatan.

Keadaan microburst yang dapat dilihat di sebelah barat daya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------

05.08.2009 Low precipitation

Awan ini pada mulanya terbentuk daripada awan kongestus dan semakin lemah apabila tiada pemeluwapan berlaku.

Pada hari yang sama juga terdapat dua lagi awan yang masih aktif dan sedang membentuk ribut.
---------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment