26.08.2009 sea breeze storm
Awan ini datang daripada arah barat laut menuju ke tenggara dengan kelajuan angin mencapai 50km/j.Ia bergerak laju dan terbentuknya awan arcus yang sedang membesar.
awan ini hanya membawa angin kencang.tetapi tidak menurunkan banyak hujan dikawasan ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------
28.08.2009 classic supercell at MM(KB)
Pada waktu ini beberapa awan kumulunimbus yang biasa sahaja yang terbentuk dan menurunkan Hujan dibeberapa tempat sekitar daerah Kota Bharu.
Potongan bahagian cerah dan hujan nampak menarik.
Tidak Lama selepas itu sebuah ribut yang baru terbentuk membesar dengan begitu cepat.walaubagaimanapun kawasan ini masih tidak dituruni hujan.
Semakin lama awan ini semakin membesar dan "shelf" dan 'turbulence' mula terbentuk
Ribut ini berada dalam keadaan yang agak stabil dan akan melanda.
Pada waktu ia melanda keadaannya bertukar kepada angin yang amat kencang dan menurunkan hujan yang sangat lebat.
angin yang besertakan hujan lebat ini mencapai 60km/j..
----------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
29.08.2009 thunderstorm

Ribut ini terbentuk pada pukul 3.55petang dan bergerak dengan perlahan menuju ke timurlaut.Awan ini tidak memberi kesan pada tempat kawasan gambar yang diambil(MM)(TM)(PC)KB.
------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------------------
30.08.2009 lightning strikeCG.jpg)

Antara gambar yang sempat ditangkap pada pukul 5.00-5.30 petang.
Kilat pada awan ini semakin banyak sejak ia semakin lemah dan membentuk cumulunimbus incus.
Pada awan ini terdapat satu puting beliung kecil beserta 'updraft' yang terbentuk selepas awan ini lemah.Mungkin keadaan udara panas terdapat disitu.



Pada waktu malam kilat dari sel awan ini yang terbentuk pada pukul 9.30mlm melanda dikawasan laut sahaja.
----------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
31.08.2009 classic thunderstorm...
----------------------------------------------------------------------------------------------



Ribut yang terbentuk ini kelihatan tidak begitu kuat tetapi membawa hujan lebat dikawasan Kota Bharu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment