Storm Chasers Kota Bharu 2009 July
-----------------------------------------------------------------
02.07.2009 LP Barber Pole Supercell
Klik gambar untuk gambar penuh.
-----------------------------------------------------------------

pembentukan awan pada waktu petang sebelum LP supercell melanda
pada lewat petang.


Awan Arcus Yang terbentuk pada sebelah pagi ini menandakan bahawa keadaan udara adalah stabil dan boleh menyebabkan pembentukan Cumuliform berlaku lebih awal.
Gambar keadaan pembentukan awan kumulonombus dari jenis Calvus dengan kilat jenis CC pada awan ini.



Gambar Pada lewat petang di Kawasan TM(KB) dengan pembentukan awan Cb Calvus yang membawa LP supercell serta inflow dibahagian bawah dipanggil inflow stingers
Videos of this topics
---------------------------------------------------------------------------------------
Storm Chasers Kota Bharu 2009 July
04.07.2009 Thunderstorm
photography at Kota Bharu
----------------------------------------------------------------------------------------
Pembentukan awan pada lewat petang yang datang dari jenis kumulonimbus Incus.keadaan awan pada waktu petang tidak sebeberapa aktif serta tiada kilat dikesan.
Pada sebelah malam awan baru mula terbentuk dan berada disebelah tenggara dengan membawa kilat yang banyak tetapi hujan tidak turun pada masa itu sampailah pada tengah malam satu lagi pembentukan berlaku dengan membawa hujan lebat.Lain lain informasi pada tengah malam itu tidak diketahui
----------------------------------------------------------------------------------------
Storm Chasers Kota Bharu 2009 July
07.07.2009 HP thunderstorm TM(KB)
----------------------------------------------------------------------
Awan kumulunimbus incus ini terbentuk pada lewat petang dan membawa hujan lebat dikawasan TM(KB) pada sebelah malam dengan angin kencang disebelah tenggara dari tg.mas KB (TM)KB).Sebelum Ribut mekanda kelihatan 'mesocyclone' yang sederhana melanda disebelah tenggara .Di kawasan TM(KB) juga mebgalami hujan yang lebat akibat tempias daripada Ribut tersebut.
Gambar sel Cb yang diambil pada lewat petang dengan sudut lebar dengan pembentukan awan yang sedang meningkatkan jisimnya.
Awan Nacreous Juga terbentuk pada sebelah barat...
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------
Storm chasers Kota Bharu 2009 July
09.07.2009 cumulus congestus forming
Gambar pembentukan awan Kumulus congestus
--------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------
storm chasers kota bharu 2009 for july
10.07.2009 high precipitation thunderstorm
at Kota Bharu .......................

Kilat jenis CG yang ditangkap disekolah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu pada pukul 5.07 petang........
pembentukan awan mula kelihatan semakin ketara bermula pada waktu tengah hari hari jumaat.Pembentukan awan vertikal seperti awan kumulus congestus,cumulonimbus calvus,dan cb incus.'Gambar diatas menunjukkan jejalur berwarna putih itu adalah 'microburst'yng sederhana.
keadaan 'updraft' yang ketara menyebabkan awan ini membentuk dengan cepat.
Keadaan 'Downdraft' yang membentuk teras hujan pada awan itu.
Keadaan awan dengan 'updraft' yang agak ketara telah membentuk 3 awan ribut dikawasan ini pada waktu yang sama.Ribut ini juga menjadi semakin besar manakala di sebelah timur tenggara awan shelf telah terbentuk diseluruk awan tersebut.Gambar diatas kelihatan pengeluwapan sedak terbentuk yang dikenali sebagai 'inflow sector'.
satu lagi awan yang terbentuk sedang berada didalam keadaan lemah.
Sebuah lagi ribut yang terbentuk berlaku pada sebelah petang pada hari yang sama dengan keadaan yang agak kuat. Terdapat pembentukan awan yang berputar terbentuk daripada updraft yang berlaku secara berterusan,sekali gus ia memberikan kuasa untuk pembentukan awan ini dan pada waktu in ia sudah berada pada kategori HP.
Pembentukan awan pada ribut ini banyak mununjukkan kearah pembentukan Puting Beliung
kerana banyak pembentukan awan yang berputar dan 'wallcloud'.
Inflow Stinger of the Large storm......

Photos By Lightning Boy 2009 Kota Bharu
-----------------------------------------------------------------------------------------
storm chasers kota bharu 2009 for july
11.07.2009 High precipitation Thunderstorm
--------------------------------------------------------------------------------------
Pada mulanya ia hanyalah pembentukan awan kumulus kongestus tetapi pemeluwapan berlaku agak cepat,didalam masa kurang 1jam sebuah ribut yang kuat telah terbentuk dengan awan 'scud' yang berputar menaik keatas seperti puting Beliung ,keadaan ini sering kali berlaku apabila terdapat lekukan tropika dilaut china selatan.Ekor Taufan atau ribut tropika boleh sampai ke pantai timur semenanjung malaysia,juga boleh dikesan diseluruh malaysia.Pada masa gambar ini diambil adalah semasa ekor ribut tropika sedang terbentuk.Gambar ekornya boleh dikesan dengan gambar satelit..
------------------------------------------------------------------------------------------------
storm chasers kota bharu 2009 for july
14.07.2009 High Precipitation Thunderstorm at mm(KB)
Keadaan awan dipermulaan sebelum ribut melanda kelihatan tidak begitu kuat tetapi selepas itu pembentukan awan semakin membesar dan membantuk 'mesocyclone'
gambar menunjukkan 'updraft' yang menambah kuasa kepada awan ini.
awan ribut ini membawa banyak kilat jenis 'CG' tanpa henti pada waktu gambar ini diambil
Keadaan Gambar yang terakhir di bawah ribut ini sebelum meninggalkan kawasan ini.
Keadaan awan yang kelihatan garang separti ribut yang besar akan melanda dikawasan ini.Kawasan yang paing kuat dilanda ribut ini ialah di bahagian selatan dari tempat ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Storm Photographers for july 2009
22.07.2009 Rotating Updraft at TM (KB)
Awan ini terbentuk pada pukul 4.15 petang dan sedang bergerak kearah laut di timur laut. Awan ini bergerak pada kelajuan 25-35km/h dengan tekanan rendah di kawasan didalam gambar ini
----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------






0 comments:
Post a Comment